Monday 22 November 2010

Woi, diam sajalah ya?



(created by: http://zahiriladzim.blogspot.com/ )

Woi, diamlah kau diri,
soal cinta jangan ditanya lagi,
buat pedih kita sendiri!

Woi, diamlah kau mata,
jangan lagi kau tengok dia,
dia bukan lagi milik kita!

Woi, diamlah kau telinga,
jangan dengar namanya juga,
kita juga yang akan merana!

Woi, diamlah kau mulut,
jangan lagi disebut - sebut,
memang dia seorang pembelot!

Woi, diamlah kau hidung,
baunya saja buat kita termenung,
kita juga akan meraung!

Woi, diamlah kau tangan,
jangan terbayang jarinya yang ringan,
itukan cuma kenangan!

Woi, diamlah kau kaki,
jangan melangkah ke sana lagi,
kita tak mahu diseksa lagi!

Woi, diamlah kau hati,
tenang sajalah seorang diri,
sedang kau dizalimi!

Woi, diamlah diamlah diamlah..
jangan meronta,
jangan meraung,
jangan termenung,
jangan melalak,
jangan teriak.

Woi, diamlah!
aku mahu tidur,
aku mahu makan,
aku mahu kerja,
aku mahu berjalan,

Woi. diamlah!
aku mahu berkarya,
aku mahu membaca,
aku mahu menonton,
aku mahu berfikir.

Woi, diamlah diamlah diamlah!
Diamlah kaki,
Diamlah tangan,
Diamlah mata,
Diamlah hidung
Diamlah telinga,
Diamlah mulut.
Diamlah hati,
Diamlah diri.

Woi, diamlah kau jiwa,
jangan pernah putus asa,
ini semua takda apa - apa,
aku tahu ini kali kedua,
tapi buat kita lebih dewasa,
pedulikan dia yang tergila - gila,
dia pun tak tahu dirinya siapa,
untuk apa kita tunggu dia,
dia bukan lagi kita punya!

Woi,
Woi,
Woi diamlah..
tenang sajalah ya?
yang lain pasti ada.

Created by Zahiril adzim
~ aku copy benda nih share ngan mber aku.. crita nya kena bangat ngan aku ngan mber aku. TQ zahiril adzim 4 created tiz.. ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...