Friday 28 October 2011

Sesaat Kau Hadir


Song: Sesaat Kau Hadir
Singer : Ramlah Ram Ft Sleeq

Cik Aira: Putuskan aku dengan baik caranya.. walaupun sakit hati aku rasa..

Chocolate Cake Kukus

Ha kak siti dok depan laptop tu buat apa?
ber facebooking ker?
mai la join Chef Aira kat dapor ni ha..
Blajor wat chocolate cake kukus
 mai mai mai.. mai le dekat..
mula-mula amik pen ngan kertas yer.

kita mulakan yer..

BAHAN A

1cawan  SEBUK KOKO
1cawan GULA (yang buat bancuh air tu)
1cawan MINYAK JAGUNG
1cawan SUSU CAIR
1/2 cawan SUSU PEKAT

*pastikan saiz cawan yang sama saja yer!

BAHAN B
1  1/4 cawan TEPUNG GANDUM (diayak dulu ye)
1 sudu teh serbuk SODA BIKARBONAT
1 sudu BAKING POWDER
3 Biji Telur Ayam (dibasuh dulu yer..)

BAHAN  TOPPING
 SUSU PEKAT
SEBUK KOKO
CHOCOLATE RICE / BADAM yang dihancurkan dadu.

ALATAN
 PERIUK KUKUS
PERIUK KECIL
2 CAWAN (size yg sama ye)
1 SUDU TEH
1 SUDU BESAR



MARI KITA MEMASAK
1. campurkan semua BAHAN A  dalam periuk kecil. 
2. Gaul semua bahan sampai sebati & agak2 hancur la gula tu.
3. panaskan bahan tadi atas dapur.. buka api pelahan je.. kacau kejab je.. agak2 periuk tu panas skit. dlam 1 or 2 min jer. (jgn lama2 kang hangit coklat tu..)


4. tutup api dan biar sejuk periuk  Bahan A tu.
5. Sekarang amik periuk kukus, isi air 3/4 periuk tu.. dekat penuh gak la.. panaskan... buka api sederhana.
5. Amik semua bahan B dan masukkan dulu telur.. kacau.. then masukkan semua baki bahan B dalam periuk Bahan A yang disejukkan tadi.
6. Gaul sampai sebati...
7. Masukkan semua bahan dalam periuk tadi ke dalam BEKAS BERTUTUP.

* ni contoh chef aira wat dalam cup jer.. senang nk bawak. klu nk size besar..beli bekas besar  ye.
kalau kak siti nak buat dalam cup kecil ni.. tuang adunan 1/4 je dalam cup tu... skit je tau. sebab kek ni nak menaik.. 1 adunan tadi bleh dapat lebih 25 cup la gak.
digalakkan sapu minyak keliling bekas dulu ye.
Oleh kerena kita nak wat kek kukus kak siti oiii, kena la tutup bekas. klu tak air masuk dalam adunan..
dah jadi kek banjir namanya tu.

8. Tutup periuk kukus.. api dikuatkan tahap 4/5. kita masak selama 1 jam 30 min.

*jangan isau. kek kukus tak hangit la klu api kuat pon. tapi selalu la  tengok air dalam periuk kukus tu. takut dah kering. nanti terbakar keliling periuk kukus tu..  JANGAN LUPA TU !
 kak siti pi tengok jam tu.. set kat HP blackberry 1 jam 30 min lagi kejutkan kak siti ye. kalau tak da HP Blackberry, pakai je Hp pa yang ada pon. sekarang kak siti belh kemas semua barang2.. basuh semua. cuma tinggal bahan nak topping jer ye.

1 jam 30 min kemudiannnn.....
tutup api dan buka penutup..
ok.. jadi tak kek tu? mintak2 jadilah yer... biarkan sejuk  dulu..
1. amik periuk yang bahan A tadi (pastikan sudah dibasuh dan kering ye)
2.masukkan sebuk koko dalm 3 or 4 sudu besar & susu pekat secukup nya ikut saiz kek yang dimasak tu.
3. gaul sehingga sebati.. dan panaskan kejab atas dapur.. kejab ja tau.. kang hangit la chocolate tu..
4. then tuangkan coklat atas kek dan ratakan...
5. untuk hiasan, taburkan chocolate rice or badam.. (ikot suka la nak tabur apa pon.. asal boleh makan)

CUP CAKE CHOCOLATE 
NI SIZE 1 ADUNAN TADI.

tada... dah siap... boleh simpan dalam peti sejuk ya!
Selamat menjamu selera...
0_o 

Monday 24 October 2011

Jawapan DariMU adalah jawapan untukKU


Sujudku.. padaMU Illahi...
akan sesuatu yang hijab dinanti..
kepasrahan dan tawakkalku dalam istikharahku
akan jawapan jalan hidupku

Sujudku. padaMU Ya Rahim..
meluahankan rasa hatiku yang terpendam..
biarkan terlerai kekeliruan ini..
biar ku dalam redha mu Illahi..

Sujudku... padaMU Ya Rahman..
akan kesyukuran jawapan DariMU
biarpun jalannya dimulakan dengan kesakitan
aku yakin keindahannya menanti

Ku terima JawapanMU..
tidak perlu aku ragui lagi..
Kuatkanlah semangatku Illahi
Menjalani hidup ini...

Dalam Hati aku berbisik..
Dalam sujud aku berdoa..
Hanya Aku dan PenciptaKU
Tiada Rahsia.. Tiada tersembunyi

Friday 21 October 2011

Bisik Hatiku Lepaskan Dirinya..


Lagu Baru Shahir: Pendam

Lirik:
Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta

Musik Di Hatiku @ Cik Aira:
Bisik hatiku lepaskan dirinya.. Semoga kepergianku membahagiakan kamu

Wednesday 19 October 2011

Akhirnya Aku Kawin !

well akhirnya aku kawin!
hehe.. suka lak nk kawin kawin nih..

hoho.. jgn la tekezut plakkkk.
cik aira single mingle tring ting ting lagi la..
ni ha tajuk novel yang baru cik aira abizkan.. hehe
besh cita nya. santai n klakor tak hengat la nk habaq mai..
1st entry cik aira pasal Novel la.. 
kat umah cik aira tu dah bleh buka kedai buka dah.. 
banyak novel, komik, majalah..
almaklum sajalah, kakak cik aira tu keja kedai buku. 
mau tak banyak buku kat umah. hehehe

1st entry
Dunia Telenovela  with Cik Aira

actually ni second novel hasil karya Herna Diana. cik aira suka penulisan dia sebab dia mmg klakor. cik aira tak suka sangat baca novel yang tlalu serius. sebab cik aira baca novel untuk santai2kan otak. apa yang cik aira nk gtau kata sini.. (ckp panjang lebor pun kang ngantok jer kan) mmg klakor jalan cita dia. meh cik aira share sinopsis dia.

Akhirnya Aku Kahwin~Herna Diana
Penerbit: Alaf21
Harga: RM19.90
Halaman: 496
ISBN: 978-983-124-725-9


Didi - gadis ‘comel’ yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya ‘Debab’. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat^Di^Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

hehe.. dah abiz baca sinopsis? nk beli la yer... 

Sorong papan tarik papan
buah keranji dalam sampan
kalau nak tahu apa kesudahan
sila la beli kat kedai berdekatan.

Wednesday 12 October 2011

apa yang dicari???


adakah aku mengejar harta kemewahan.. yang kelak kan habis dibelanjakan..
adakah aku kejar pangkat & jawatan .. yang akan hilang bila diberhentikan..
melihat dunia yang kian menyempitkan.. 
ditindas dan menindas.. dihina dan menghina..
apa yang dicari insan? kepuasan dunia..
apa bezanya.. hanya pangkat & gaji juga.. itu pun di dunia cuma
saat yang membezakan adalah amalan kita.
Jangan bermegah dengan solat 5 waktumu, dengan sesuka hati mengherdik org
solat mu jugak belum tentu di terima Tuhan.

aku tersepit dalam pencarian.. 
walaupun dalam kejahilan ilmu.. 
aku tetep ingin..
ingin mengejar cinta Illahi untuk bekalan di akhirat nanti.. 
walaupun setapak.. aku tetap ingin.
semoga aku tidak tersesat lagi..

Monday 10 October 2011

Enjoy Our Ride @ ATV - Adventure Park Larut

Destination :  ATV - Adventure Park Larut, Taiping Perak.
Date  :  8 October 2011
Time : 7.45am - 6.30pm
Attending : Cik Aira, Khaie, K.Eqin & Bro Tibet


hi kawan-kawan.. amacam tengok pic kat atas.. da rasa nk join kah???
so, 1st entry Cik Aira pasal "Jom Holiday !"
Baru-baru ni Cik Aira n da Gang pi ride ATV kat Taiping. beshhh o.. adventure.
kalau rasa nk pi.. belah la baca sampai bawah.. klu tak pon tgok2 pic jadik le.. 
kot-kot tetiba terjatuh cintan ker... heheheh !

Cik Aira "Jom Holiday" @ ATV-Advanture Park Larut

Jam 7.45am Kulim-Butterworth
AL-kisahnya janji ngan Lalink Khaie kul 8am. Tetapi kerana keterujuaan yang agak "terlebih sudah", Lalink Khaie datang amik Cik Aira awal kul 7.45am. hehe.. dengan menompang kereta Honda Jazz Hitam Datin S (Mama Khaie), kami bertolak terus dr Kilang Lama Kulim ke Butterworth melalui BKE. 
Tol BKE : RM 1.60 + RM1.60 + RM 0.50

Jam 8.10 am @ Butterworth Jetty
Dengan Kelajuan yang agak minima.. almaklum la awai sgt kami bertolak, kami amik masa 25 min+ time stop kat shell isi minyak untuk sampai ke Jetty Butterworth. Kami pon parking Keta kat bawah fly over dekat depan Train Butterworth. 
Budget minyak pi balik dr kulim - butterwoth- Kulim : RM10 jer
Parking : RM3 per day

kami kena tunggu  Bro Tibet dari seberang laut Penang tu.. dia nek Ferry yer!
Tol Ferry : RM 7.60
n Kak Eqin dari Bertam dia lalu Highway PLUS yer
Tol Bertam -Sg Dua : RM1.60

time awal sgt aku ngan Khaie datang.. so time parking tu.. sempat le kami melawat kawasan train lama yg dah roboh tu. posing2 dulu.. 
Jejantas tak bepenghuni

Train tgah lalu tepi tu.. sekali aku kena hond da.. APA SALAH YG TELAH AKU LAKUKAN?

Ish..ish..ish.. (sambil geleng kepala) apa nk jadi anak dara dok kat tangga ni!

9.30am Car Pool
k.eqin dah datang ngan Kancil dia.. kami pon pi la sambut.. (hehe cam nak sambut pengantin puloks!). dia park sebelah je ngan Honda Jazz Datin S. Dalam 5 minit pas tu ALZA Putih Bro Tibet lah tiba. kitaorg naik 1 keta jer...

9.35am Buterworth - R&R Bukit Merah
9.35 am tayar ALZA Putih bergolek2 dengan kelajuan 110 km/j, kami lalu Highway ler..
Tol depan megamall penang : RM1.30.
Jam 10.25, kami dah sampai R&R bukit merah, pa lagi.. isi perot dlu ler.. B8fast dlu.


 10.45 am  B.Merah - Kemunting
perot pon dah isi, kami bertolak kembali. 10.50 am kami dah exit 148 kemunting.
Tol : RM 8.50 jer
keluar jer tol tu terus jer.. SILA IKUT SIGN BOARD ye!

hehe.. sib baik da K.Eqin, dia mmg pro jln sini coz dlu dia dok kat MRSM sini jer..
kami sampai awal sangat 11.15 am. so, pi jalan2 dlu kat Burmase Pool kat area tu jugak.. tak juh pon.
nk mandi kang basah baju.. so warming up jer lah..
turun balik.. tak larat nak nek dah..


cam nak terjun jer.. huuuhuh
10.30 am @ ATV Adventure Park Larut
alkisahnyer cik aira booking jam 1 pm, sekali awal da datang. heehe.. tp cik aira dah byar deposit awal2 lagi so, diaorg mmg lock utk kami jer tghari tu. sebab dtg awal, so cik aira n da geng relax2 dlu. Crew pon panaskan enjin dlu. repair pa patot. kami pun lawat kawasan ler.. Cik Aira takut kat MAX.. huhuh.. yang klakor nyer si MAX ni, geng crew idupkan enjin ATV, jalan skit.. dia dah pi dah kat track tu.. padahal crew tu jln depan skit jer.. nak tau MAX ni sapa.. kena la pi tgok yer!
keterujaan membuatkan jantung Cik Aira, dup dap dup dip dup gitu !
packing keta kat depan tu tepi jln jer..

kid ride


abg tibet tayang lengan dia 


















original la.. besh klu time2 ni da nasi lauk bleh mkan.. lapo pulak
ATV hijau ni 330 CC, big boss punya da...
kenapa nama dia Burung Hantu?














 Memang agak lama menunggu nyer.. al-maklum sajalah kami terawal, so diaorang nk kena panas enjin la. Da wayar pa tah kena tukar, so kami lelex jer. dalam hati tu " bila agaknya dpt nek atv ni?" dah teruja sgt dah ni. hehe.. 

Kami amik package RM 100 tu, (SILA CLICK PIC KIRI NI, BARU KORANG NAMPAK PRICE LIST DIA).
sebab kami semua ni 1st time, dia kasi free package Fun Ride dulu. 5 laps pusing track kat keliling base camp tu.  kalau bleh bawa baru dia   amik package Offroad to River tu. kalau tak boleh bawa, so kita bayar RM30 je lah. Rugi r.. datang jauh2 tak amik package RM100 tu.  Jam 12.30pm kot (time nih dah simpan jam le... sayang kang takot jatuh dlm utan tu) crew dah panggil bg instruction. ATV yang 130 CC. Da Auto & manual. Gear auto F, N & R. Gear manual pon da gak. tu Bro TIbet kita naik. Apa yg penting, ibu jari kanan tu. Nak ride ATV ni ibu jari kanan la yang nk tekan minyak dia. lengguh kot. hehe.. klu nek motor korang pusing minyak je kan.. ini kena tekan da... Then dia kami dah start 5 laps, si MAX pun pusing gak. Fun RIde tu aku kat depan, so nervous gak la bila ride masuk utan tepi tu. kena control handal atv tu. 











Bro Tibet teruja kot.. mmg beshh or..
pic cik blogger dri blkg jer la.. 
Dah sampai river dh.. 
cantik kan view river nih.. kami jer yang da mandi pon.. cam river ni kami yang punya ! 

alang-alang dah sampai river, biar sampai basah baju. huhu.. rugi klu sapa tak mandi. air sungai nyer yang sejuk lagi nyaman. uihhh.. lagi besh kalau bawak bekal makanan, bolah makan sekali. enak2 membasah muka.. sekali ujan da. korang dah angkat kain jemuran?
Crew pon ajak kami balik takut air naik, nti nk crossing river tak lepas da.. tapi memang trill la.. kami dpt feel 2 environment sekali. sebab masa datang panas, masa balik ujan. lagi trill sebab tanah dah basah, dah lecak.. perghhhhh.. tak da gambar nk tunjuk coz semua teruja ride ATV.

Baru pas mandi.. dah nk reverse balik camp. ujannnn.. 
ni pic baru naik bukit..tibet  baru naik jer.. 45' deg la cerun dia tu.. ride time ujan mmg adventure la.. enjoy!!
pic tak clear.. shaking. hehe..  
kami sampai kat base camp tu dah kul 2 kot. Pas packing ATV, kami turun rest jab. Crew kasi minum 100 Plus. jangan isau, free je.. then kami siap, da 2 toilet. 1 tibet masok.. lagi 1 kami 3 org masuk sekali.toilet dia da besar 1 bilik tu. hoho... cian kak Eqin, kaki dia kena gigit pacat. cik aira punya la tarik pacat tu. liat betul. Darah mencurah curah.. hehee.. dekat kul 3 gak la kami siap. siap2 tengok, En Megat dah da. sembang dlu ngan dia. Nampak cam tegas tp friendly orangnyer. Dah settle payment, kami pun mintak diri lah.. TQ en Megat & Crew ATV. hopefully, we'll come back next time!
kami dah ride.. bila korang nyer turn?
3.40 pm Makan Time
Lunch time ler.. lapo sangat dah ni... kami berhenti makn kat Musz Kitchen



Bro Tibet order Tomyam Daging+ nasi Putih
Cik Aira & Khaie order Nasi Goreng Paprik
K.Eqin order Nasi Goreng Kampung..
sedap gak la makan, time lapo makanan pon jadik
sedap kan.. ehehehehe..




4.20 pm Jom Balik
Perot pon dah kenyang.. kami pon chalo2 la balik oitt.. berbekalkan yong tau foo n gorpis (goreng pisang da!), kami sambung makan dalm keta. dalam keta pon dok teruja cerita pasal ride atv tadi.. hohoo..



4.50pm R&R Bukit Merah
behenti Solat dulu da... bukan jamak tak yah k.. 



5.13 pm  Ayuh Pulang
kami kembali bertolak pulang. 
Tol ; RM8.50+ Rm1.30
sampai di Jetty butterworth jam 5.50 pm. 
alhamdulillah selamat keta Datin S n Kak.eqin. 
cik aira n khaie sampai kulim dah kul 6.30pm coz kami balik tak ikot highway. hehehe

Cik Aira "Jom Holiday" Budget
under budget la.. RM150 ke bawah. yer lah korang pi ramai.. tol & minyak tong sesama. 
hoho.. besh kan. 


*_*  Jom Holiday kawan-kawan   O_o

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...