Wednesday 19 October 2011

Akhirnya Aku Kawin !

well akhirnya aku kawin!
hehe.. suka lak nk kawin kawin nih..

hoho.. jgn la tekezut plakkkk.
cik aira single mingle tring ting ting lagi la..
ni ha tajuk novel yang baru cik aira abizkan.. hehe
besh cita nya. santai n klakor tak hengat la nk habaq mai..
1st entry cik aira pasal Novel la.. 
kat umah cik aira tu dah bleh buka kedai buka dah.. 
banyak novel, komik, majalah..
almaklum sajalah, kakak cik aira tu keja kedai buku. 
mau tak banyak buku kat umah. hehehe

1st entry
Dunia Telenovela  with Cik Aira

actually ni second novel hasil karya Herna Diana. cik aira suka penulisan dia sebab dia mmg klakor. cik aira tak suka sangat baca novel yang tlalu serius. sebab cik aira baca novel untuk santai2kan otak. apa yang cik aira nk gtau kata sini.. (ckp panjang lebor pun kang ngantok jer kan) mmg klakor jalan cita dia. meh cik aira share sinopsis dia.

Akhirnya Aku Kahwin~Herna Diana
Penerbit: Alaf21
Harga: RM19.90
Halaman: 496
ISBN: 978-983-124-725-9


Didi - gadis ‘comel’ yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya ‘Debab’. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat^Di^Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

hehe.. dah abiz baca sinopsis? nk beli la yer... 

Sorong papan tarik papan
buah keranji dalam sampan
kalau nak tahu apa kesudahan
sila la beli kat kedai berdekatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...