Tuesday 29 March 2011

Bila Aku Pergi...

Bila aku pergi..tolong lah mengerti
Aku disini tak mahu dilukai
Bila aku pergi.. janganlah membenci
Aku maafkan kau yang tiada disisi

Segala takdir ku terima dengan rela hati
Dikau bukan cinta hatiku
Diriku bukan cinta hatimu
Kerana keinginan bukan bertahta dihati

Aku pergi kerana kau tiada disisi
Aku pergi kerana diriku tiada kepentingan disisi
Aku pergi kerana tiada jodoh lagi..


Word by Cold Gurlz

Sunday 20 March 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME ...

meraikan AMIRAH AHMAD
semperna ULANGTAHUN KE 24 
 yang di lahirkan pada tanggal  13 MAC 1987 
bersamaan dengan 13 Rejab 1407
jam 6.02 petang
waktu malaysia

ops.. oleh kerana pada tanggal 13hb Mac 2011 semua orang busy..
so no cake.. no celebration like last year.. that day
aku.. of course ler sediey..
but, Ma promise will celebrate 18hb on friday.. coz ari tu da Raja Lawak
ramai la sedara mara dtang mlm tu.. hehe..
so..sepanjang hari aku berfikir.. tak pa lah.. kena accept la dah meniggkat 1 tahun
be positive and smile... ^_^

Let's Celebrate My Bufday !!!




1. pepagi lagi dah pi market borong, beli bahan basah utk makan2 malam tu.
2. pegi amik sepupu aku Nurul & Baiti & Diana.. ni stok nak tolong masak2 hari tu.. Tq my cousin
 
3. Makan ice-cream aku buatkan.. dap ehhhh
ais krim coklat konfleks
4. My Sis bikinkan cake... jimat jimat...



5. Ma buatkan Mee Kuah.. my fav.. tq ma.. love u
6. Majlis Bersiram.. huhu.. ni besh.. cam mandi bunga pulak...

7. atok ada..sedara mara datang.. Pakcik sekeluarga & Pak Su sekeluarga..



8. Hadiah pon ada lah..

Jam Baru Saya
Casio LTP-1165A-1C

Ni hadiah aku yang beli untuk diri sendiri..walaupun tak mahal tapi aku puas hati sebab hasil titik peluh aku keja.well da story behide it. i'm free & single mingle. whatever, LIFE MUST GO ON.
chayok2 Amirah Ahmad !!!

kad ucapan dari kesayanganku

Tq Kesayagangan 4 present..
Karipap-Karipap Cinta
Next hadiah nih dari Kesayanganku... Irfaz..
Tq So Much sayang 4 Karipap-Karipap Cinta.
klu you all view kad ucapan di atas.. bleh tgk la..
Kesayangan lamar i.. ajak kawin.. romantika d'amour.
nti i upload sinopsis cita karipap2 cinta nih..
Kesayangan, Irfaz.. Sayang Kamu Laju-laju.. Muahhhhhhh


Tq mek ct.. sayang kamu...

1st Jubah 
ini 1st jubah aku yang dihasilkan oleh pereka pakaian Noor Adeelia (merangkap Kakak ku sejak dilahirkan lagi). Kain ni actually aku dah beli nak dekat 2 tahun la jugak. baru siap masa bufday aku. tengok bertapa bersabarnya aku menunggu Jubah ni siap. apapun terima kasih la buat kakak ku yg bertungkus lumus siapkan Jubah ni. Tq so muchhh.. Sayang Kamu Kakak.. muahhhh ( kiss kat pipi nih... sah Kakakku lari)

KFC idaman ku selalu.. 

well few photo on13th Mac, nih sahabat baik seperjuangkan yang sekepala.. Puan Niza belanja aku KFC@Kulim, well terubat gak kesedihan haritu.. hehe... Terima Kasih Ustazah.

Shazni, eddy, wife cikgu, Cikgu Rahman &Puan Niza


kebetulan kenduri Razee Hilmi, member sekolah rendah & menengah sama ngan tarikh bufday aku. so aku pon pegi lah jam 12.30 tghari. time tu pengantin tak datang lagi. so makan jer lah. tgk picture pengantin pon kat banner yang tergantung kat luar. segak la bini dia. heheh... well memandangkan mak si Razee nih cikgu Radziah pon cikgu time sekolah rendah dulu, so ramailah cikgu-cikgu yang datang. sempat lah aku ngan member2 bertegur sapa ngan Cikgu Abdul Rahman. Terima Kasih cikgu atas jasa baik cikgu didik kami semua. Sorry kat Razee kami tak leh tunggu lama la. ramai tetamu nak makan. tq jemput member2.


Tq pada family & frenz yg wish kat FB & HP.. sayang semua 
*** Happy Birthday To Me ***
^_^


Thursday 10 March 2011

Jika Ia Sebuah CINTA


Jika ia sebuah cinta…. Ia tidak mendengar.. 
namun sentiasa bergetar
Jika ia sebuah cinta… Ia tidak buta 
namun sentiasa melihat dan merasa
Jika ia sebuah cinta... ia tidak menyeksa 
namun sentiasa menguji
Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa
 namun sentiasa berusaha
Jika ia sebuah cinta... ia tidak cantik 
namun sentiasa menarik
Jika ia sebuah cinta... ia tidak datang dengan kata-kata 
namun sentiasa menghampiri dengan hati
Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata 
namun sentiasa hadir dengan sinar mata
Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya berjanji.. 
namun sentiasa cuba memenangi
Jika ia sebuah cinta… ia mungkin tidak suci.. 
namun sentiasa harmoni
Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir kerana permintaan 
namun hadir kerana ketentuan
Jika ia sebuah cinta.. ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan.. 
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

i follow from: http://koleksicinta.co.cc

Thursday 3 March 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


i follow dari: 10 Petanda Dia Jodoh Kita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wednesday 2 March 2011

1st Year Bufday Qi Rei... meow

HAPPY BIRTHDAY Qi REi
1 YEAR

Qei Rei & Ammy

My baby Qi Rei was born on 28 feb 2010.. now dah 1year sudah. 
Masa Chinese New Year baru ni, almost all family member balik kampung celebrating bufday 
My Cousin: Ihsan on 8th Feb
My sista: Noor Adeelia on 18 Feb
My Cousin: Sabrina (Kak Na) on 28th Feb
My Baby : Qi Rei & Qi ROu 28th Feb

tetiba teringatkan my lovely baby Qi Rou yang dah passed away on 12 July last year. 
Allah SWT memberikan yang terbaik
Ammy love baby, Qi Rei.. so notti my baby
Ammy will always love baby Qi Rou... in memory..


Semoga ALLAH SWT murahkan rezeki dan melimpahkan kasih sayang di Dunia & Akhirat kepada kami sekeluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...