Wednesday 9 February 2011

sistem pengurusan wang....

Muka Ala Senyum =)
hooho.. xcited arinih nk clik maybank2u... setalah 2 hari keciwa gaji tak masyuk2 lagi.. harini aku click.. alhamdulillah masyuk juga gaji yang ku nanti2kan. nih lah gaji pertama aku sojak koje kat pejabat ikan2 semalaysia( bukan nama sebenar).. hehe... setalah masyuk nih mula lah aku buat belanjawan bulanan. here, aku nk sharing ngan member semua sistem pengurusan wang yang aku mula praktikan start ari nih.. semua nih aku blajor dr DR. Azizan Osman, pakar motivasi yang mengubah seseorang untuk mengenali potensi diri.. its juz a simple view to all of you.. klu nk tau mengenali potensi diri korang.. masuk la web Dr Azizan Osman yer... add value to yourself beb!!!

Sistem Pengurusan Wang (Personal)





dari gaji korang semua.....  devide bahagi kepada 6 bahagian or Tabung (tingat plak tabung buluh zaman dulu kale)







TABUNG 1
namanya FFA (Financial Freedom Account) =>> 10 %
  • spend 10% dari gaji yer.
  • tabung ni untuk create passive income, that mean tuan/puan tak da la bergantung kepada 1 income jer. 
  • da 2 bentuk account yang  tuan/puan bleh pilih:
    • fixed deposit 
    • Tabungan biasa cam ASB or other.. tpi bukan kat bank dimana tuan/puan guna jolok keluarduit hari2 tu..
  • Bila akan diguna duit nih???? duit nih tuan/puan tak bley guna.. tapi cuma guna komisen nya jer...
  • coba tuan/puan bayangkan.. klu duit 10% setiap bulan nih tak diusik selama 10tahun... komisennya dah berapa dah...  apa lagi.. amik itu calculator.. kasi kira lah....
TABUNG 2
shortform nya NEC  (NECESSITY)  =>> 60%
  • spending 60% dari gaji utk blanja yer
  • ni la tabung tuan/puan spend utk blanja keperluan harian
  • al contohnya: bayar keta,motor,sewa,brg dapor, dan sebagainya...

toyota caldina nih cun kan.. hehehehe

TABUNG 3
ni pulak PLAY ACCOUNT  =>>10%

  • tuan/puan mustie syiokk punya.. sebab ini lah account untuk dibelanjakan sampai habis.
  • its a reward 4 you sebab ponat lolah tuan/puan  koje sebulan.
  • guna lah duit ni untuk something yang buat tuan/puan feel good inside. 
  • tp rancnag lah nak guna utk apa.. example : jam tangan ker, bercuti melancong & pi SPA ke... makan Mc D ke.. KFC ke... uih.. lapo la plak..



TABUNG 4
ni pulak LTSS (Long Term Saving for Spending) =>> 10%
  • ni pula tabung untuk simpanan supaya nanti boleh digunakan.
  • tabung nih berguna utk tuan/puan rancang untuk masa depan.
  • contohnya: simpanan untuk beli kereta, beli motor, or untuk pergi family vacation ker...


TABUNG 5
tabung EDUCATION =>> 5%
  • Ini tabung untuk education yer. Tuan/puan boleh simpan utk attend mana2 kursus or seminar untuk add value dalam diri sendiri.
  • Contohnya: attend seminar kenali potensi diri anjuran DR Azizan Osman ker, kursus memasak ker, kursus muzuk ker, kursus jahitan ker, kursus menjadi isteri/suami mithali, kursus kawin ker, kursus.. sus.. sus...

TABUNG 6
lastly, tabung CHARITY =>> 5%
  •  ini perlu bagi menunaikan zakat. dari harta kita itu bukanlah milik kita sepenuhnya.
  • sedekah boleh disalurkan kepada anak yatim, org tua2, dan mereka yang dalam kesusahan.
  • tabung ini jugak boleh tuan/puan gunakan untuk memberi duit belanja untuk ibu bapa yer. hehe.. terpulang la...

















okies.. ini lah tabung yang perlu tuan/puan ikuti.. klu nak adjust serba sedikit peratus blanjawan untuk tabung2 di atas.. terpulang lah.. hehehe...kepada suami isteri yang nk gunakan sistem ini pun buleh..


SISTEM PENGURUSAN WANG SUAMI ISTERI



ini khas untuk suami isteri yang mau sharing gajinya utk belanja family.

1gabungkan gaji suami & isteri. 
  • Take 1: Gaji En.Suami RM 2000 & Pn. Isteri RM 1000. bila bergabung.. meletus menjadi.. RM3000.

    2. so dari gabungan gaji En. Suami & Pn. Isteri, masing2 perlu set berapa yang tak nak dikongsikan maksudnya... nak guna untuk diri sendiri lah.

    • Take2: En Suami mahu RM 500 untuk diasingkan untuk keguanan dia sendiri & begitu jugak lah dengan  Pn. Isteri yang mahu jugak RM 300 diasingkan untuk kegunaan dirinya sendiri. So dari RM 3000 ditolak RM800 maka tinggallah RM2200 untuk digunakan. (cam belajar matematik pulak... hehehe.. sib baik tak da algebra) 

      3. Baki yang tinggal kemudiannya boleh dibahagiakan kepada 6 tabung seperti diatas.
      • Take3: so baki RM2200 tu tuan/puan boleh bahagikan kepada 6 Tabung seperti diatas.. 


      maka tamatlah sesi pembelajaran untuk kali ini.. sehingga bertemu lagi.. CUBA CUBAKAN & SELAMAT MENGAMAL....

      2 comments:

      Razif Radzi said...

      good entry. sangat berguna! valuable! high profit! long term profit! langkawi! tapi aira,en.razip tak berapa paham..en.razip mencadangkan untuk sesi pembelajaran sila gunakan bahasa yg lebih "proper" !

      Cik Aira Amirah said...

      baiklah en razip yerk.. nti aira masuk kelas bahasa.. heheh...
      mesti en razip dah jemu ngan langkawi... jadi bleh la pi tempat2 yang lain yerk... pulau sipadan ker..
      tq 4 comment en razip

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...