Tuesday, 10 January 2012

AL-Fatihah

Assalamualaikum,
Dah lama Cik Aira tak On Blog.. Mood takda.. Bz.. 
LIne Broaband pon tahapahapa jer.. (last-last Cik Aira Terminate jer! Bior puasss Hati )
So, latest news yang Cik Aira nk update... menyedihkan.. tapi Cik Aira nk update jugak sebab ini kenangan. 

Pada tanggal 6hb Januari 2012, bersamaan hari Jumaat Jam 9.20 PM, 
Atok Cik Aira, Haji Hussin Bin Jusof telah meninggalkan dunia ni.
Sekian lama Atok menanggung kesakitan akhirnya arwah pergi dengan tenang sahaja.
sempat juga Cik Aira lap badan Arwah atok masa time maghrib, sedara kat ruang tamu tengah baca yassin. time tu atok tak boleh  cakap dah. dia tidor je.. sesekali Atok buka mata, Cik Aira ajak mengucap gak..
pas baca yassin ramai adik beradik sampai, berkumpul dalam bilik. Cik Aira duduk kat luar bilik time tu. sebab ramai sgt dalam bilik.  Cik Aira rasa atok nk tidor jer.. tiba-tiba sedara Cik Aira keluar bilik kata Atok dah tak da. tergamam Cik Aira. Cik Aira masuk bilik, Cik Aira mmg tak caya

Sejak last kuar dari Wad hujung bulan 12 dulu, Atok dah tak boleh jalan. sebelah kiri badan dah tak leh nk gerak. So, apa2 Ma/Ammi Cik Aira yang uruskan. 
Alhamdulillah, saudara mara yang lain datang tidor di rumah bergilir menjaga Arwah Atok time tu..

Cik Aira Bangga dan KAGUM dengan KUDRAT Ma/Ammi yang kuat dan cekal menjaga Arwah Atok sejak 2 tahun lamanya walaupun Ma/Ammi pun kurang sihat. Ma/Ammi Cik Aira da masalah ngan saraf kaki. pa tah namanya tu.. dia tak boleh jalan lama2 jer.. 
Mesti Korang rasa Ma/Ammi Cik Aira ni Anak yang soleh, baik sanggup menaga Bapa dia kan?
korang salah..
Hakikat sebenarnya, Ma/Ammi Cik Aira seorang Menantu..
Cik Aira memang Bangga dengan Ma/Ammi. 
terlintas di HATI ni.. Mampukah Cik Aira mencontohi Ma/Ammi..
emmmm.... Cik Aira banyak kekurangan.. terok tui perangai Cik Aira ni.. ish ish ishhhh (geleng kepala)


 a few picture kenangan dengan Arwah Atok

Raya AIdilfitri 2011
Cik Aira  belikan baju melayu untuk Atok

Makan luar di Restoran Pokok Manggis bersama Atok


Terima Kasih pada saudara yang datang menziarah dan datang membantu di rumah.
Maaf atas segala kekurangan. 
pada kenalan, diharap dapatlah sedekahkan AL-Fatihah buat arwah Atok.
semoga Atok bersama Orang-orang beriman..
aminn..
AL-Fatihah




1 comment:

Indahnya Kayangan said...

al-fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat..insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...